Thursday 17 November 2011

Soto Ayam


Bahan A 
1 ekor ayam di potong ikut suka 
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih (di ketuk je) 
2 inci halia (di mayang) 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 
Cara memasak:
  1. Semua bahan A nie hendaklah direbus 
  2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B 
10 bijik bawang merah 
Cara memasak:
  1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
  2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
  3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang. 

Bahan c 
Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula
Cara:
  1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
  2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
  3. Sedia untuk dimakan .


Asam Pedas Tumis (Melaka)


Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
 
  1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
  2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
  3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
  4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
  5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
  6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
  7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
  8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
  9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
  10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
  11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa. 

Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...


Black Pepper Steak


Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
 
  1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
  3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
  4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
  5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
  6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
  7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
  8. Siap untuk dihidang.


Kari Kepala Ikan


Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan 
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
10 gm serbuk lada putih 
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung 
Cara memasak: 
 
  1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
  2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
  3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
  4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa. 

Ayam Golek Seri Pahang


Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa 
Cara memasak: 
 
  1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
  2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
  3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
  4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman, 


Gulai Tempoyak Ikan Kembung




Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 
Cara memasak:
  1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
  2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
  4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Friday 11 November 2011

Mee Rebus


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur 
Sedikit daun sup - hiris nipis 
Sedikit daun bawang - hiris nipis 
Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua 
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa 
garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato 
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
 
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
  2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
  3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 
  4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....